Wednesday, 27 January 2016

Sistem Tertanam (Embedded System)

Kategori Sistem Tertanam

Sistem tertanam dapat diklasifikasikan kepada 5 kategori berdasarkan fungsi dan prestasinya.

a. Sistem berdiri sendiri (Stand Alone Embeded System)
Sistem embedded yang termasuk kategori ini dapat bekerja sendiri. Sistem embedded ini dapat menerima masukan digital atau analog, melakukan kalibrasi, penukaran, pemprosesan data serta menghasilkan keluaran data ke Periperal Output contohnya paparan LCD. Contoh alat yang termasuk kategori ini adalah konsol permainan video, Pemain MP3 dan kamera digital.

b. Sistem Masa Nyata (Real Time Embeded System)
Sistem ini dapat dikategorikan sebagai masa nyata kerana waktu respon merupakan perkara yang sangat penting. Beberapa tugas tertentu harus dilakukan pada jangka waktu yang spesifik. Ada 2 jenis sistem embedded real time iaitu sistem embedded hard real time dan soft real-time.

c. Sistem Masa Nyata Keras (Hard Real Time Embeded System)
Untuk sistem embedded ini, operasi melebihi waktu yang ditentukan menyebabkan terjadinya kerosakan pada alat. Batas waktu respon untuk sistem ini sangatlah kritikal iaitu dalam milisaat bahkan lebih singkat lagi. Contohnya penyelesaian operasi yang tidak sesuai waktunya pada sistem tertanam kawalan roda menyebabkan kemalangan. Sistem embedded ini juga dapat ditemui pada kehidupan sehari-hari misalnya pada sistem beg udara kereta. Waktu sela pada sistem ini dapat mengancam keselamatan pemandu kereta kerana kemalangan biasanya terjadi dalam waktu yang sangat singkat. Sistem embedded ini perlu bekerja dengan batas waktu yang sangat tepat. Pemilihan chip dan RTOS sangatlah penting pada sistem embedded hard real-time ini.

d. Sistem Masa Nyata Lembut (Soft Real Time Embeded System)
Untuk beberapa sistem embedded lainnya kelewatan waktu respon dapat ditoleransi pada batas tertentu. Pelanggaran batas waktu dapat menyebabkan prestasi menurun namun sistem tetap beroperasi. Contoh alat pada kategori ini adalah mikrowave dan mesin basuh.

e. Sistem Rangkaian Tertanam (Networked Embeded System)
Sistem embedded jaringan menghubungkan jaringan dengan pengantaraan jaringan ke sumber akses. Jaringan yang dihubungkan boleh secara Local Area Network (LAN), Wide Area Network (WAN) atau internet. Sambungan dapat menggunakan kabel atau tanpa kabel. Networked embedded system dapat dikategorikan berdasarkan sambungannya tersebut. Namun dalam banyak sistem, penggunaan kabel maupun tanpa kabel dalam sistem embedded sering dilakukan. Contoh LAN networked embedded system adalah sistem keselamatan rumah dimana semua sensor (sensor tekanan, sensor cahaya ataupun sensor asap) semua terhubung melalui kabel dan dijalankan dengan protokol TCP/IP. Sistem keselamatan rumah dapat diintegrasikan dengan jaringan sistem keselamatan rumah dengan tambahan jaringan kamera yang dijalankan dengan protokol HTTP.


Contoh Peranti Sistem Tertanam

Sistem Bas Komputer


Sistem Komputer terdiri daripada sebuah CPU (Central Processing Unit) atau dikenali sebagai pemproses (Processor), memori iaitu RAM (Random Access Memory) dan ROM (Read Only Memory), mempunyai program dan data, perantaraan masukan dan keluaran (I/O ports) dan tiga penyambungan Bas (Data Bus, Address Bus dan Control Bus) yang menyambungkan setiap elemen dalam sistem tersebut.

i. Bas Alamat
Dikenali sebagai talian alamat. Ia membawa alamat ingatan atau lokasi ingatan. Bilangan talian alamat bergantung kepada saiz pemproses atau saiz word.

ii. Bas Kawalan
Dikenali sebagai talian kawalan isyarat. Digunakan untuk mengenalpasti pengendalian bas (tulis, baca) yang akan dilaksanakan oleh komputer dan juga untuk menyelarasan oleh komputer dan juga untuk penyelarasan perpindahan data.

iii. Bas Data
Dikenali sebagai talian data. Ia membawa suruhan taua arahan dan data di antara CPU, ingatan dan sistem masukan/keluaran. Lebih besar bas data, lebih banyak data dan arahan dibawa sekaligus lebih laju sesebuah komputer bverfungsi.

Sunday, 22 April 2012

Soalan Teori Litar


Boleh cuba jawap soalan-soalan di bawah ini dengan menggunakan kaedah hukum ohm atau kaedah star-delta connection.



Tuesday, 15 November 2011

PosTer

Poster atau ringkasan untuk tajuk Vernier Caliper yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Di buat menggunakan Adobe photoshop CS5.
design tidak cantik yang penting mudah di fahami dan ringkas.

Tuesday, 8 November 2011

LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN ALAT

Langkah-langkah keselamatan dan penjagaan Alat Tangan


Penjagaan sesuatu alatan tangan sebelum, semasa dan selepas digunakan adalah sangat penting untuk mempastikan alatan tangan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Diantara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah:-

  1. Pastikan alatan tangan berkeadaan baik dan selamat sebelum digunakan
  2. Pastikan alatan tangan yang hendak digunakan adalah bersesuaian dengan kerja- kerja yang akan dilakukan
  3. Jangan gunakan alatan tangan sekiranya anda tidak berpengetahuan mengenai teknik-teknik pengunaannya.
  4. Rujuk SOP (Safe operating procedure) alat sebelum peralatan digunakan
  5. Pastikan alatan tangan dikendalikan mengikut tatacara yang ditentukan dan selamat.
  6. Letakkan alatan tangan ditempat yang sesuai dan selamat disepanjang penggunaanya.
  7. Bersihkan alatan tangan daripada sebarang kotoran serta habuk selepas digunakan.
  8. Simpan alatan tangan yang telah digunakan di tempat yang telah disediakan dengan teratur dan kemas.
  9. Sapukan minyak (lubricant oil/grease) di bahagian yang mudah berkarat dan bergear pada alatan tangan sekiranya ianya disimpan untuk jangka masa yang lama.
  10. Lakukan kerja-kerja pemeriksaan (servicing), pengujian dan baik-pulih mengikut had masa yang telah ditetapkan ataupun dari masa ke semasa.

PEMOTONG

Pemotong (Cutter)

kegunaan / definisi
  • sejenis perkakas yang digunakan untuk memotong.
  • mempunyai mata yang tajam untuk memotong

Jenis pemotong yang biasa digunakan dan fungsi



1. Strip board cutter
   - memotong talian pada litar elektronik




                 2. Wire Striper
                     - digunakan untuk membuang
                        penebat pada wayar







3. Side cutter
   - digunakan untuk memotong wayar dan memotong
      kaki compenent.










Saturday, 5 November 2011

ANGKUP VERVIER

Angkup Vernier (Vernier Caliper)

kegunaan/ definisi
  • sejenis alat pengukur yang jitu yang digunakan untuk mengukur kejituan ukuran benda kerja
  • boleh digunakan untuk menanda garis lurus
Rajah

Cara penggunaan
  1. Pastikan angkup vernier dan benda kerja dalam keadaan bersih
  2. Pastikan angup vernier boleh berfungssi dengan baik dengan melaras skru pelaras dan melaras rahang gelongsor secara mendatar atau paksi- X
  3. Laras rahang gelongsor dan pastikan rahang tetap dan rahang gelongsor berada rapat dengan benda kerja.
  4. ketat skru pelaras apabila saiz benda kerja dikenal pasti
  5. Baca bacaan yang telah diukur.
  6. Ulang bacaan untuk mendapat bacaan yang lebih tepat dengan mengambil kira purata bacaan.
Video penggunaan