Sistem Komputer terdiri daripada sebuah CPU (Central Processing Unit) atau dikenali sebagai pemproses (Processor), memori iaitu RAM (Random Access Memory) dan ROM (Read Only Memory), mempunyai program dan data, perantaraan masukan dan keluaran (I/O ports) dan tiga penyambungan Bas (Data Bus, Address Bus dan Control Bus) yang menyambungkan setiap elemen dalam sistem tersebut.
i. Bas Alamat
Dikenali sebagai talian alamat. Ia membawa alamat ingatan atau lokasi ingatan. Bilangan talian alamat bergantung kepada saiz pemproses atau saiz word.
ii. Bas Kawalan
Dikenali sebagai talian kawalan isyarat. Digunakan untuk mengenalpasti pengendalian bas (tulis, baca) yang akan dilaksanakan oleh komputer dan juga untuk menyelarasan oleh komputer dan juga untuk penyelarasan perpindahan data.
iii. Bas Data
Dikenali sebagai talian data. Ia membawa suruhan taua arahan dan data di antara CPU, ingatan dan sistem masukan/keluaran. Lebih besar bas data, lebih banyak data dan arahan dibawa sekaligus lebih laju sesebuah komputer bverfungsi.
No comments:
Post a Comment